Pages

Sunday 10 March 2013

Mode Jiwang Melanda

Start Jun 2012- Tetiba mood membaca novel Melayu melanda diri aku..sebelum ni aku banyak membaca novel inggeris..bukan nak eksyen okeh...novel melayu ni kadang-kadang jalan ceritanyer agak membosankan...sama jer jalan ceritanyer (maaf kepada semua penulis dan peminat novel melayu jangan mareee yea?))Sambung balik cerita tadi..sehinggalah aku telah menyewa buku ini di sebuah kedai novel terpakai di IPOH...

Selepas baca novel ini..aku merasakan ada lagi penulis novel melayu yang baik..dan layak diketengahkan..Aku suka gaya bahasa yang digunakan..santai dan bersahaja..ringan otak  nih bila baca...humor yang dimasukkan dalam cerita ini juga mampu membuatkan aku ketawa seorang diri..(Nasib baik org tak kata aku gila..gelak sorang2)Apa pun..It's sooooo funny...congrats to the writer..saudari Marissa..tidak sabar hendak tunggu buku terbaru you..Yang Manis (disebabkan minat sangat dgn novel beliau..aku siap berbalas-balas email lagi dgn Cik Marissa utk tahu perkembangan semasa beliau)...
Jatuh Chentakah aku???Hahahahahaha


Kepada yang berminat boleh mendapatkan novel-novel hasil nukilan saudari Marissa ni..(Ceh!tiba-tiba jadi promoter plak ker??)
Setakat ini aku sudah membaca dua buah buku hasil nukilan beliau..dan kedua-duanya tidak menghampakan..malahan menjadi koleksi aku yang tersayang...

Nie sebuah lagi buku hasil karya beliau...dengar kata Novel Teduhan Kasih ini sedang dibikin menjadi drama..harap-harap tuh janganla hilang jatidiri novel tuh bila dibuat drama yea???
Apapun aku memang rekomen kedua-dua novel ini sebagai novel pilihan yang patut milik..memang tak rugi duit korang beli...berbaloii-baloii..hahahahaha..

No comments:

Post a Comment

Tell me..