Pages

Tuesday 27 November 2012

Panduan Mendidik ANAK


Sesuatu yang aku nak share...yang pernah aku baca satu masa dahulu...ada yang sempat aku praktik ada gak yang aku terkhilaf....semoga menjadi panduan yang berguna..layannnn...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Sunday 25 November 2012

Jom Tengok- RUNNING MAN


Setiap hari jumaat pasti akan tercongok depan TV tengok Variety Show ni. Best tahap Max tuh. Masa 1st time tengok adalah masa haku lepak rumah kawan yang also die hard fan all korean drama. dia tengok citer nie..mula-mula aku hairan..apa yang kelakar sangat show nie sampai berdekah-dekah my chingus ketawa. masa tue aku tengok,xder pun yang lawaknyer...confuse..confuse..

After balik dari rumah dia..haku try tengok dgn my kliks (another die hard fan korean drama)..jadi jangan la korang tertanya-tanya lagi kenapa haku suka korean drama..hari-hari dikelilingi oleh insan-insan yg serupa minat n kesukaan..maka bercambah2 la minat tuh..

Sampai hari ini,aku n my chingus dah berjaya download sampai episode 100++..betul..jangan tidak percaya. simpan semua dalam my HDD...kalau korang berminat nak tengok show ni boleh download di www.isubs-squad.com  or tengok secara online di http://www.kshownow.net/  dan of coz sekrg ada di youtube.


Konsep Running Man ni mcm kita kecik-kecik main Polis Sentri,Aci Lut, Aci Sembunyi dan macam-macam lagi nama. Satu group sembunyi dan satu group lagi akan cari dan tarik tag nama. Bila tarik tag nama so you out!!! Sekarang konsep dia berubah sikit..tp still lagi tak kering gusi bila menonton..thanks to Haha,Lee Kwang Soo and of coz Yoo Jae Suk..


Kepada semua die hard fans Running Man diluar sana..berdoala semoga satu hari nnti mereka akan buat pengambaran di Malaysia. hope to meet Gary Oppa in person..Leessang song memang sedap dan berkualiti walaupun this duo is not K-Pop group yang menjadi tarikan utama di Korea.


No plastic surgery okay..bukan macam majoriti K-Pop group yang hot di Korea tuh. Majoriti buat surgery..yang nie tulen Korean Guy (korang ingat depa semua tue encum & cun ker). Haku rasa we, Malaysian lagi lawa dari depa even our Chinese born pun lagi cun dari depa. Pround to be Malaysian...patriotik sekejab.

Tapi dari pemerhatian aku,apa yang menyebabkan Korean Variety Show diminati oleh semua adalah kerana mereka ni jenis open minded dan boleh terima kutukan secara depan-depan. Selamba jer cakap muka kau buruk..kalau kita Malaysia ada ker macam tue..kang tak pasal-pasal bergaduh kat FB la Twitter la..ala macam....(u olls tau n faham sendiri la yea). And mereka punya artis tidak takut untuk be the real them dlm variety show...ada muka lawa tapi bodoh..ada muka lawa tapi clumsy...mereka tak kisah untuk tunjuk kepada penonton..tue di antara sebab kenapa Korean Variety Show ni begitu diminati ramai. Ni kalau kat Malaysia berlakon nak tidor malam pun siap bermekap,berbulu mata palsu lagi tuh..tak realistik langsung.

Bukan la haku ni nak membangga2kan sangat Korea..nanti ada pulak yang serang haku suruh haku jadi warga korea pulak. Bukan semua benda dia lebih baik dari kita..aku tak kata macam tuh. Ada jugak perkara yang kita lagi better betul tak? Cuma ambil yang baik..yang buruk tuh jangan la nak sedut sekali.. so fikir2lah sendiri.

Wednesday 21 November 2012

Nice Guy aka The Innocent Man..Korean Drama



Synopsis copy dari Dramawiki

The drama is a melodrama which depicts the story of a man called Kang Ma Roo (Song Joong Ki) who has been hurt by a woman he loves called Han Jae Hee (Park Si Yeon) and how he continues his own life by using several women. He sacrificed his well being for his girlfriend only to be dumped by her for another man. Then, he sets off to take revenge on her with the help of his best friend. He approaches Seo Eun Gi (Moon Chae Won), the daughter of the chaebol group executive in order to execute his revenge.


Just wasting 20 hours in my life watching this boring drama. Starting drama agak menarik. Seo Eun Gi seorang wanita kaya yang ala-ala diva and agak b****h sebab dilatih oleh ayah dia untuk berhati kering dan tough apabila amik alih famili bisnes.

Han Jae Hae adalah perempuan simpanan bapa Seo Eun Gi yang kemudiaanyer menjadi Chairman Tae San bila ayah Seo Eun Gi mati dan Seo Eun Gi cedera parah dalam kemalangan kemudian hilang bila disorok oleh kroni-kroninya.

Heronya adalah Kang Maru. Seorang lelaki hensem yang merupakan bekas boyfriend kepada Han Jae Hee. Bila kena dump dengan HJH terus jadi dendam pada perempuan then gunakan kehensemannyer untuk mempermainkan perempuan.Starting besh..bila part Seo Eun Gi hilang ingatan dah boring sikit pastu ok sikit bila part dia nak ambil balik syarikat dari Han Jae Hee dengan bantuan Kang Maru...macam suspens sikit.tp bila masuk ending..ek eleh...buang masa....

mesti korang kata..asyik-asyik cerita pasal korean drama..kan???Nak buat macamana aku suka tengok korean drama. kira ok la tengok korea drpd tgk citer Indon yang lagi membosankan n ....... tiada kata-kata nak digunakan utk describe ketidaksukaan aku dengan citer Indon nih...

berbalik pada  drama tadi..kalau korang minat Song Joongki tahap max dan suka tengok muka dia yang comel..boleh la layan tapi pada pndpt aku..pasni akan aku delete drama ini dari menghuni HDDku yang comel tue...

skrip citer nie pada endingnyer kurang meyengat dan memberi kesan effect yang menganas pada hati aku...siap berbalas msg dgn kwn..Laaa...mcm ni jer endingnyer...hampess sehampess2nyer...penat tunggu sampai 20 episode..padan muka aku...hahahaha (dalam hati korang berbisik )



Seo Eun Gi looks so hot time nih...suka perempuan tough mcm nie...dia nie ada berlakon dalam The Princess Man tapi watak perempuan lembik ntah hapa-hapa..terus aku pangkah dan tak tengok drama tue walaupun hero yang berlakon Hero idamanku..hehehehe..



Arang & The Magistrate..Korean Drama


Sangat tertipu bila tengok drama ini..punyalah lama haku tunggu dengan sabar ..siap download sampai episode akhir then baru nak tengok dengan happynyer...sampai episode berapa ntah sudah membosankan..tahyul...khayal...asyik-asyik pi mai pi mai tang tu...bosan tahap cipan...gagahkan diri tengok sampai habis walaupun ada part-part yang terpaksa di fast forwardkan..sebab terlalu melampau tahap kebosanannyer...mintak maaf la kpd peminta Lee Jun Ki and Shin Min Ah...jangan marah beta yea????