Pages

Saturday 29 March 2014

Borak Kosong...

2-3 minggu ini kita dikejutkan dengan berita yang mengemparkan..misteri kehilangan pesawat MAS iaitu MH370.

Pagi Sabtu 8 Mac 2014, bangun tidor seperti biasa, selesaikan apa yang patut then terus on internet seperti biasa di hari cuti...terkejut bila terbaca post tentang kehilangan pesawat MAS ini. Terus on tv..sebak dengan tidak semena-mena mengalir air mata walaupun tiada saudara terdekat yang terlibat cuma dapat membayangkan sekiranya diri sendiri berada di dalam pesawat tersebut. condolences to all friends and family members yang terlibat terutama those Malaysian.

Sejak dari tarikh itu aktiviti wajib waktu pagi memeriksa maklumat terbaru tentang kes ini. Jauh di sudut hati aku percaya yang mereka semua masih hidup somewhere.Namun dari hari kehari tiada khabar yang dititipkan hatta dari pihak berkuasa atau melalui media sosial.

Today, 28 March 2014...usaha masih diteruskan untuk mencari kotak hitam demi mengenalpasti kisah disebalik tragedi malang ini.Aku teringat bila Hani post rakaman kotak hitam Japan Air 123. Sedih sangat bila dengar terutama di saat-saat akhir sebelum kapal terbang tu crash.."Its the end..its the end".Then dengar bunyi meletup.

Tapi dari sudut lain secara tidak langsung aku sendiri belajar sesuatu tentang dunia penerbangan ini. Siap google cari maklumat.Apa pun semoga tragedi ini menjadi ikhtibar kepada semua pihak. Buat diri sendiri aku still mempercayai MAS, dan berharap pihak MAS akan memperbaiki kekurangan yang ada supaya tragedi malang seperti ini tidak berulang lagi. Btw still menunggu promosi tiket ke Seoul this coming December...