Pages

Saturday 27 June 2015

Perasaan terpaksa bekerja di hari Sabtu..

27 Jun 2015, Hari Sabtu bersamaan 10 Ramadan 1436H.

Suasana pejabat yang sunyi. Otw datang kerja hanya beberapa buah kereta je di jalanraya. Jem depan jalan masuk yang selalu panjang berjela hari ni kosong sekosongnya. Huhuhuhuhu.........Mungkin dihari biasa bekerja di hari Sabtu adalah satu kebiasaan. Tetapi disebabkan bulan puasa jadi ramai yang rasa tidak puas hati..tapi hendak buat mcmana lagi. Terpaksaaaaa....

Thursday 18 June 2015

HWASEONG FORTRESS,SUWON - South Korea Disember 2014

Demi merealisasikan impian kawanku aka trip partner maka kami berlima pun dengan gigihnya bersiap di awal pagi dan bergerak ke Gyeonggi-do dimana terletaknya Suwon Hwaseong Fortress. For your information, Hwaseong means Brilliant Castle/ Fortress. This fortress was built from 1794 to 1796 by King Jeongjo of the Joseon Dynasty to house and honour the remains of his father Prince SadoSuwon Hwaseong Fortress is the wall surrounding the centre of Suwon, the provincial capital of Gyeonggi-do,South Korea.

Drama Secret Door yang ditayangkan di SBS tu ada sangkut-paut dengan sejarah pembinaan fortress ini. Tapi dlm drama tu digambarkan Prince Sado tu baik, ayah dia yang mcm something wrong. So,dengan gigihnya aku menggoogle dan mendapati Prince Sado dikatakan mengalami kemurungan, orang kata anger management. Dia suka-suka hati je bunuh orang dan siap jatuh cinta kat adik perempuan sendiri. Huhuhuhuhu.....Sebab tu ayah dia King Yeongjo arahkan dia bunuh diri tapi dia engkar sampai la ayah dia arahkan he being locked alive inside a rice chest. After 6 days kot Prince Sado pun mati. Anak kepada Prince Sado, King Jeongjo yang bina fortress ini untuk memperingati bapa dia. (Fuh..fuh..belajar sejarah raja-raja Melayu pun tak pulun macam nie..kui...kui...kui...).

Oklah dah banyak betol aku membebel..jom layan gambar.



 
Snack sebentar di Pit Stop pertama..Minum kopi panas dlm cuaca yang sejuk gilos smbil coci mata tengok mamat polis korea. Polis dalam latihan kot ada 4-5 bas. Beshhh...ada yang worth coci mata..hahaha...sorry Nunna gataiii...

Close-up rupa bentuk snow bagi orang jakun (aku la tue..first time kot tengok, pegang dan main salji. Huhuhuhu...


Rupa bentuk tangga sebelum Pit stop pertama.. Mencabar minda aku.




Masa amik gambar nie tengah cover line keletihan..berpura-pura ambil gambar padahal tengah cover semput siap kena gelak dengan ahjussi korean sebab diorg dah tua tapi lagi fit dari aku...huhuhuhuhu...sampai hati ahjussiii....pasni saya janji akan workout okeh..


Pemandangan di puncak fortress. Walaupun dalam hati masa mula-mula mendaki siap tak puas hati pada kawan aku yang ajak datang sini tapi selepas nampak snow, main snow dan tengok pemandangan kat atas nie terus tarik balik ketidakpuasan hati aku tue..Thank you chingu sebab ajak and persuade us to come here. Beshhhhh.....


On the way down. Puas main snow masa kat atas nie..cuaca sejuk jadi tak peluh. seronok la berbanding di Malaysia. Kalau tak peluh mcm nie 20km hari-hari pun aku mau..uwekkk...hahahahaha








Apa pun sekiranya you ols datang ke Korea boleh datang kesini. Berbaloi-baloi. Walaupun aku jenis yang kurang nak workout tapi best la. Cuma disini orang Korea tak biasa sangat dengan foreigner berbanding kalau di Seoul. Jadi diorg akan look at u dengan heran.Hahaahaha...

Disebabkan aku kesini hasil mengikut kawan aku, dia yang google everything jadi aku tak tau pa per la..hahahaha...dia suruh turun subway aku turun. Suruh naik bus..aku pun naik..sorry korang..google sendiri yea cara nak g..mian.

Thursday 21 May 2015

HELLO KITTY TOWN....



Finally!!! Kami berjaya juga sampai kesini selepas teragak-agak dlm planning. Terima kasih kepada Sally yang telah bersusah- payah mengentertain kawanmu ini.Terharu sangat. Sally, budi baikmu akan dikenang sepanjang hayat.. hahahahaha...


Rupa bentuk bangunan yang menempatkan Hello Kitty Town. You won't miss it sebab warnanya dari jauh sudah terserlah. Ehsan gambar dari hasil mengoogle.

Ini gambar kaunter tiket. Harga tiket masa kami pergi RM91 seorang untuk two park pass. Ini harga tiket walk-in dan menunjukkan bukti Mykad anda yea hehehe. Kalau beli online lain harga. Tips..sila pilih 2 park pass untuk mengandakan keriangan korang. Untuk maklumat korang sekiranya korang ada kad Petron Miles or kad RHB korang akan melayakkan diri untuk mendapat diskaun 15%. Malang bagi aku kerana kad Petron aku tertinggal jadi terpaksa la bayar RM91...


Pemandangan di ground floor yang menempatkan kedai cenderamata. Harga agak memberangsangkan poket. Huhuhuhu...memula nak beli fridge magnet Hello Kitty untuk souvenior tetapi habis pulak stoknya. Yang tinggal cuma stok tak menarik. Jadi aku tak beli.Adik di kaunter menyarankan supaya kami terus naik ke tingkat 2 kerana sedang berlansung persembahan live Thomas and Friends.






Khusyuk menonton persembahan live Thomas and Friends. Budak lelaki sebelah tue ligat menari.. cute sangat.

Pintu masuk The Little Big Club. Sangat best kat sini. Mama pun tumpang sekaki enjoy the ride. Hahahaha... sebab datang hari orang berkerja jadi feel like heavens. Pulun main..ngeh..ngeh..ngeh...






Live show Barney. Diorang akan annouce bila live show akan bermula or boleh rujuk dengan kaunter or pertugas. Bagi aku yang umur dah lanjut nie kui..kui...kui..still rasa seronok mengunjungi The Little Big Club nie apatah lagi kanak-kanak.

 
Bob The Builder's house.


Angelina's House. Boleh masuk kelas menari balet disini dan bergambar bersama Angelina.




Sebahagian dari permainan di tingkat atas kat The Little Big Club. Menarik kan... orang dewasa yang terasa nak kembali ke zaman budak-budak pun boleh datang kesini. ( Psstttt...msg to my chingu..u can still come even umur.ehem..ehem...)

The Little Big Club dari tingkat atas yang menempatkan all the rides and games. Kami naik turun escalator tu bila ada live show dibawah. Habis live show kami naik semula ke tingkat atas. Nampak tak betapa heavensnya kami pada hari itu. Aku rasa petugas lagi ramai dari pengunjung kot. Hew..hew..hew..



Tempat istirehat untuk ibubapa yang menemani anak-anak. Boleh massage dan menonton televisyen disini.


Lama juga kami menghabiskan masa di Little Big Club. Pendek kata memang tersangat puas hati. My little gurl really have fun that day. Next stop kami turun ke first floor yang menempatkan Hello Kitty.

Pintu masuk ke Hello Kitty. 








Rumah HelloKitty. Mama yang terlebih excited masa kat dalam nie. Geram tengok barang-barang Hello Kitty yang cute miut...

Rumusan lawatan kami ke Hello Kitty Town memang sangat best. Direkomen kepada ibubapa untuk membawa anak-anak anda. Tapi jangan lupa ambil pakej two park pass..ok till next time..enjoiceee...



Thursday 30 April 2015

Coffee Ronee : Adakah setanding dengan Starbucks????

Setelah empat bulan menjadi penduduk di Kepala Batas, Pulau Pinang aku diperkenalkan dengan kopi buatan tempatan yang boleh tahan sedap rasanya. Aku berminat mengunjungi gerai ini setelah diyakinkan berkali-kali oleh rakan dietku. Maka, selepas lunch pada hari tersebut, kami berdua pun cheat diet hanya kerana Coffe Ronee.To those who lives in area Kepala Batas can comes and try this coffee and decides on your own.

Gerai Coffee Ronee 

Pembungkusan yang sangat menarik hati.

Adik Tukang bancuh kopi yang cun melecun..( Malu bila gambar ditangkap curi)

Iklan Coffee Ronee 

Termos yang dibancuh pelbagai jenis kopi.
Kepada yang berminat untuk merasai keenakan rasa kopi sejati yang mampu membuatkan anda termimpi-mimpi di malam hari boleh pergi merasai kopi ini. Gerai ini terletak di kawasan Kompleks Dato' Kailan. Gerai terletak di belakang Hotel Seri Malaysia, Kepala Batas.

Wednesday 22 April 2015

Welcome New Year 2015...

Its been 4 months into 2015...but only now i have the time to write in bersawang and berdebu blog of mine...hahahaha...miss uols sooo much my dear viewers..( perasan..macam la ada ramai orang yang teringin nak baca blog nko)..huhuhuhu.



11 December 2014.

Selepas sepagi menghabiskan masa dengan mengcover tidor selepas pulang dari South Korea, aku mendapat kiriman surat arahan pertukaran yang berkuatkuasa pada 1 Disember 2014..the one that i've been waiting for...huhuhuhu.....


alhamdulillah-


To represent me...hahahaha

15 Disember 2014

Dengan bertemankan my BFF, aku telah pergi melapor diri di tempat berkerja yang baru. Namun disebabkan tempoh notis yang begitu mengejut menyebabkan aku memohon kepada pihak pengurusan di tempat kerja baru untuk memberi tempoh 2 minggu untuk aku membuat persediaan berpindah rumah dan berpindah ke tempat baru.

29 Disember 2014

Hari pertama aku bertugas di tempat kerja yang baru.Setakat hari ini aku belum menerima jadual dan KU minta aku mengantikan tempat salah sorang rakan 
sekerja yang bercuti.Bermula dari situ aku telah sibuk menyesuaikan diri dengan tempat kerja yang baru, rakan sekerja baru dan rakan-rakan baru di tempat baru. Sehingga hari ini, 15 April 2014 barulah aku berpeluang meluangkan masa untuk menulis di dalam blog ini. 

Komen aku setakat ini bekerja ditempat baru ini agak positif.Aku agak gembira disini.Semoga ini akan berterusan.