Pages

Tuesday 2 December 2014

2014 ... ( Looking Back....)

A lots of things happens to me this year. Semoga aku still strong to face the future.

 Ingat balik apa yang berlaku untuk 2014. Awal tahun selama dua bulan sangat busy dengan hal tempat kerja. Huhuhuhu...aku??? aku yang memang tidak berminat dengan soal keceriaan nie merasakan beban yang sangat menyusahkan.Boss tolong la faham (skrg dah X boss, dia dah bersara namun legasi masih diteruskan..sighhh.....).

Awal tahun juga aku dijangkiti chicken-pox. Yes u read it right. Chickenpox at this age. totally memalukan. hahahahaha..dapat la MC selama dua minggu. suffer alone at home. rentetan dari itu habis muka aku bekas-bekas hitam..OMG..sibuk ke farmasi mencari ubat untuk menghilangkan kesan semua tu. nasib baik berjaya. huhuhuhuhu.

Disebabkan sibuk dengan hal kerja, aku sakit jadi susah nak pulang ke kampung. Pada tarikh 2 mei 2014 hari Jumaat. jam 3.15 petang aku menerima panggilan dari adikku. Ibu tercinta telah kembali ke Rahmatullah. Semoga roh mak ditempatkan di kalangan hamba-hambaNya yang beriman. Semoga mak mengampunkan semua kesalahan org selama ini dan halalkan segala makan minum orang dari orang kecik sampai besar. Orang terasa sangat bila mak dah tiada nie. Raya tahun nie orang tak sambut pun mak. Orang tak masak pa per pun. Orang tak seronok. Orang p jalan umah adik-beradik mak je.


3 Julai 2014 di atas desakan hati aku ingin berpindah memulakan hidup ditempat yang baru. aku menghadiri temuduga jawatan baru. selepas temuduga rasa down gila sebab kena bantai teruk dlm temuduga tu. bukan aku sorang tapi semua yang hadir. memang polisi kot penemuduga kena mean??? huhuhuh...balik dengan zero keyakinan utk dapat post tue. Teruskan hidup seperti biasa. Dapat boss baru, masih membaca rentak boss baru. 

Ogos 2014...sekali lagi hidup aku porak peranda. Laporan polis dibuat ke atas aku. sebulan hidup aku yang penuh ketidaktentuan. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang telah susah payah membantu aku terima kasih kerana berdiri kukuh bersama aku semasa menghadapi kes ini. Terhutang budi sangat-sangat.


Sekarang Disember 2014. Berbaki kurang dari sebulan kita akan melangkah ke tahun baru 2015. Aku curious dengan whats going to happens in 2015. I just HOPE i can still be strong to face the future. I really hope happiness can be mine in future.