Pages

Thursday 21 May 2015

HELLO KITTY TOWN....



Finally!!! Kami berjaya juga sampai kesini selepas teragak-agak dlm planning. Terima kasih kepada Sally yang telah bersusah- payah mengentertain kawanmu ini.Terharu sangat. Sally, budi baikmu akan dikenang sepanjang hayat.. hahahahaha...


Rupa bentuk bangunan yang menempatkan Hello Kitty Town. You won't miss it sebab warnanya dari jauh sudah terserlah. Ehsan gambar dari hasil mengoogle.

Ini gambar kaunter tiket. Harga tiket masa kami pergi RM91 seorang untuk two park pass. Ini harga tiket walk-in dan menunjukkan bukti Mykad anda yea hehehe. Kalau beli online lain harga. Tips..sila pilih 2 park pass untuk mengandakan keriangan korang. Untuk maklumat korang sekiranya korang ada kad Petron Miles or kad RHB korang akan melayakkan diri untuk mendapat diskaun 15%. Malang bagi aku kerana kad Petron aku tertinggal jadi terpaksa la bayar RM91...


Pemandangan di ground floor yang menempatkan kedai cenderamata. Harga agak memberangsangkan poket. Huhuhuhu...memula nak beli fridge magnet Hello Kitty untuk souvenior tetapi habis pulak stoknya. Yang tinggal cuma stok tak menarik. Jadi aku tak beli.Adik di kaunter menyarankan supaya kami terus naik ke tingkat 2 kerana sedang berlansung persembahan live Thomas and Friends.






Khusyuk menonton persembahan live Thomas and Friends. Budak lelaki sebelah tue ligat menari.. cute sangat.

Pintu masuk The Little Big Club. Sangat best kat sini. Mama pun tumpang sekaki enjoy the ride. Hahahaha... sebab datang hari orang berkerja jadi feel like heavens. Pulun main..ngeh..ngeh..ngeh...






Live show Barney. Diorang akan annouce bila live show akan bermula or boleh rujuk dengan kaunter or pertugas. Bagi aku yang umur dah lanjut nie kui..kui...kui..still rasa seronok mengunjungi The Little Big Club nie apatah lagi kanak-kanak.

 
Bob The Builder's house.


Angelina's House. Boleh masuk kelas menari balet disini dan bergambar bersama Angelina.




Sebahagian dari permainan di tingkat atas kat The Little Big Club. Menarik kan... orang dewasa yang terasa nak kembali ke zaman budak-budak pun boleh datang kesini. ( Psstttt...msg to my chingu..u can still come even umur.ehem..ehem...)

The Little Big Club dari tingkat atas yang menempatkan all the rides and games. Kami naik turun escalator tu bila ada live show dibawah. Habis live show kami naik semula ke tingkat atas. Nampak tak betapa heavensnya kami pada hari itu. Aku rasa petugas lagi ramai dari pengunjung kot. Hew..hew..hew..



Tempat istirehat untuk ibubapa yang menemani anak-anak. Boleh massage dan menonton televisyen disini.


Lama juga kami menghabiskan masa di Little Big Club. Pendek kata memang tersangat puas hati. My little gurl really have fun that day. Next stop kami turun ke first floor yang menempatkan Hello Kitty.

Pintu masuk ke Hello Kitty. 








Rumah HelloKitty. Mama yang terlebih excited masa kat dalam nie. Geram tengok barang-barang Hello Kitty yang cute miut...

Rumusan lawatan kami ke Hello Kitty Town memang sangat best. Direkomen kepada ibubapa untuk membawa anak-anak anda. Tapi jangan lupa ambil pakej two park pass..ok till next time..enjoiceee...



No comments:

Post a Comment

Tell me..