Sesuatu yang aku nak share...yang pernah aku baca satu masa dahulu...ada yang sempat aku praktik ada gak yang aku terkhilaf....semoga menjadi panduan yang berguna..layannnn...
1) Jangan
pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan
tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali
menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal
dan tak boleh control
3) Rotan/pukul
anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi
dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah
s.a.w.
“Berguraulah
dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan
mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek,
kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita
didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4). Mulakanlah
hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang
kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam
Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5). Berikan anak
anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap
hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang
dipeluk)
6). Pandanglah
anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan
anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7). Berikan
peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian,
pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap
kebaikan yang dilakukannya).
8). Janganlah
mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan
baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang.
Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap
perkaratermasuklah berbuat silap.
9). Apabila anda
berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang
penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan
tak akan kembali).
10). Di dalam
membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan
akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11). Dengarlah
cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa
akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak
anda tentang giliran untuk bercakap)
12). Tenangkan
anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13). Tunjukkan
kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan
menirunya.
14). Buatkan
sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah
hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan
membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15). Kemungkinan
anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka
mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16). Luangkanlah
masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila
anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan
kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17). Dengarlah
mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam
dunia mereka.
18). Hargailah
permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan
menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang
kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka
sebelum berbuat demikian.
19). Janganlah
membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20). Terimalah
yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan
stress menjadi ibu bapa.
21). Jangan selalu
membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa
kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22). Anak menangis
untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect
sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda
pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak
anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat
kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau
majusi”